Friday, 26, April, 2024
Utama Sukan Netizen tanya mana logo ‘top 3’, apapun tahniah pada logo berlatarbelakang legasi.

Netizen tanya mana logo ‘top 3’, apapun tahniah pada logo berlatarbelakang legasi.

oleh Ammar Haziq
Sanusi menunjukkan logo yang memenangi pertandingan mencipta logo oleh KFA. FOTO KFA

ALOR SETAR – Laman Facebook Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) diserang oleh netizen yang mempersoalkan pemilihan logo yang menjadi juara pertandingan mencipta logo baharu pasukan Kedah sedangkan tidak berada dalam senarai ‘top3’ pada hari ini

Pemenang tersebut telah diumumkan oleh Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor hari ini dan penciptanya, Ku Basri Ku Halim bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 bagi mengenepikan penyertaan lebih 900 logo lain.

Bagaimanapun pemiihan tersebut turut mendapat kritikan netizen kerana logo yang muncul juara tersebut tidak berada dalam senarai akhir ‘top3’ yang diumumkan kira-kira dua minggu lalu.

Biarpun sebahagian besar menyambut baik pemilihan logo yang mirip logo legasi sebelum ditukarkan kepada logo Lang Merah, namun sebahagian pula meminta KFA memberikan penjelasan.

Tiga logo yang tersenarai top3 oleh pemilihan juri baru-baru ini.

Sementara itu, Muhammad Sanusi pada sidang media hari ini mengakui dalam isu pemilihan logo terbabit pasti akan timbul ketidakpuasan hati yang tidak dapat dielakkan.

“Logo ini sesuatu yang abstrak dan subjektif, namun kita telah melaksanakan pemilihan ini dengan sebaiknya dan semua pihak yang terlibat bersetuju bahawa logo ini adalah yang terbaik,” katanya.

Pemilihan logo ini turut mendapat kritikan daripada netizen di laman FB KFA.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com