Wednesday, 1, May, 2024
Utama Sukan Pan Gon jamin tidak akan tinggalkan Harimau Malaya begitu sahaja

Pan Gon jamin tidak akan tinggalkan Harimau Malaya begitu sahaja

oleh Ammar Haziq

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon menafikan laporan berita yang disiarkan di sebuah portal melaporkan beliau telah menghantar surat kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan bersedia untuk meninggalkan skuad tersebut.

Menurutnya, kenyataan dalam laporan berita tersebut yang dipetik daripada sumber itu sama sekali tidak tepat kerana beliau tidak menghantar apa-apa surat berkaitan perkara tersebut.

“Selepas membaca laporan berita tersebut, saya terus menghubungi Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin bagi menjelaskan mengenai perkara ini dan saya sendiri telah memberi jaminan kepada beliau bahawa misi saya bersama skuad Harimau Malaya belum berakhir dan saya tidak akan meninggalkan pasukan ini begitu sahaja.

“Untuk makluman semua penyokong Harimau Malaya, saya akan terus komited untuk membimbing skuad Harimau Malaya sehingga kontrak saya berakhir pada hujung 2025 dengan misi utama untuk membawa Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak automatik ke Piala Asia 2027,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com