Wednesday, 8, May, 2024
Utama Mahkamah & Jenayah 13 saksi dipanggil bantu siasatan lelaki maut selepas bergelut di Langkawi

13 saksi dipanggil bantu siasatan lelaki maut selepas bergelut di Langkawi

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Seramai 13 saksi termasuk pegawai dan anggota terlibat insiden pergelutan yang melibatkan sekumpulan polis dan seorang lelaki sehingga menyebabkan kematian di Langkawi, baru- baru ini telah diambil keterangan.

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata, pihaknya juga telah menghubungi ahli keluarga mangsa dan kini sedang menunggu laporan lengkap hasil bedah siasat dari hospital.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

“Kes itu sudah meninggal sekarang jadi kalau kata seksyen-seksyen yang menjurus kepada yang bermula dengan seksyen 302 dan 304 ya kita pergi ke arah tersebut fasal dia sudah meninggal, sebab itu saya mengatakan benda-benda tersebut tidak ada berlindung,” katanya pada sidang media di IPK Kedah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kejadian pada 29 Jan lalu, dimana sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun di sebuah stesen minyak yang dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

Fisol berkata, semasa tangkapan, berlaku pergelutan dan suspek mengalami kecederaan dibahagian kening sebelah kanan, leher sebelah kiri, telinga kanan, tangan kanan dan lutut kanan.

Dalam pergelutan itu, seorang pegawai dan tiga anggota polis turut mengalami kecederaan kecil dibahagian badan.

“Hasil pemeriksaan telah menemui satu keratan straw berisi serbuk dadah disyaki jenis heroin seberat 0.21 gram di dalam poket hadapan sebelah kanan seluar yang dipakai suspek.

Suspek telah dibawa ke IPD Langkawi untuk tindakan dan saingan awal urin mendapati suspek positif dadah jenis morfin dan semakan rekod suspek mempunyai tujuh rekod kesalahan berkaitan dadah dan jenayah,” ujar beliau.

Walaubagaimanapun, pada jam 8 malam hari yang sama suspek ditahan, polis telah membawa suspek ke Klinik Kesihatan Kuah untuk mendapatkan rawatan.

Namun, semasa di klinik suspek telah rebah dan tidak sedarkan diri sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan ditahan di Zon Merah dan pada 1 Feb kira-kira pukul 12.40 tengah hari, pihak hospital memaklumkan suspek telah meninggal dunia.

Fisol berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada keesokkan harinya mendapati, punca kematian akibat trauma hentakan objek tumpul di kepala.

“Punca kematian ini laporan awal yang kita dapat yang menunjukkan ada “blood false trauma to the head” jadi hari yang sama saya mintak dibuka bukan lagi siasatan dibawah SDR.

Saya tidak mahu untuk di dalam media sosial tersebut dan untuk makluman hari yang sama juga SDR yang dibuka sebelum ini pun di IPD Langkawi saya telah arahkan supaya pegawai penyiasat daripada IPK untuk ambil alih supaya tidak berlaku apa-apa ‘buyers’,” kata beliau.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com