Thursday, 2, May, 2024
Utama Sukan FAM Mesyuarat perkembangan Koordinasi VAR Liga Malaysia 2024/2025

FAM Mesyuarat perkembangan Koordinasi VAR Liga Malaysia 2024/2025

oleh Ammar Haziq

KELANA JAYA – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermesyuarat mengenai Koordinasi Video Assistant Referee (VAR) bagi saingan Liga Malaysia 2024/2025 yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, pada Rabu.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ S. Sivasundaram yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM telah mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Mesyuarat turut dihadiri oleh kakitangan Malaysian Football League (MFL) diketuai oleh ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Stuart Ramalingam, wakil daripada badan penyiar, Astro serta kakitangan FAM lain yang menganggotai pasukan projek VAR Liga Malaysia ini.

Pada mesyuarat tersebut, Pengurus Pembangunan Pengadil & Pengadil Profesional FAM, C. Ravichandran selaku Ketua Projek Video Assistant Referee (VAR) atau video bantuan pengadil membentangkan kemas kini terbaharu dan perkembangan proses menjelang pelaksanaan VAR dalam saingan Liga Malaysia bermula musim 2024/2025.

Selain penyediaan pengadil VAR menerusi siri latihan yang telah pun memasuki fasa ketiga pada 20 November hingga 4 Disember lalu, penyediaan teknologi VAR yang merangkumi sistem, peralatan dan fasiliti stadium juga penting bagi memastikan kesemua syarat dapat dipenuhi untuk VAR diguna pakai pada musim baharu Liga Malaysia nanti.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com