Sunday, 5, May, 2024
Utama Sukan Aura Terengganu FC 2024-2025 mula dirasai

Aura Terengganu FC 2024-2025 mula dirasai

oleh Ammar Haziq

KUALA TERENGGANU – Pusat Latihan Terengganu FC di Gong Badak, di sini diserbu kira-kira 500 penyokong setia Sang Penyu untuk menyaksikan latihan pertama skuad itu bagi pramusim 2024-2025 pada petang Jumaat.

Paling mencuri tumpuan adalah dua pemain yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim iaitu Safawi Rashid dan Akhyar Rashid yang mula menyertai latihan di bawah kendalian Tomislav Steinbruckner dan pembantunya, Badrul Afzan Razali.

Turut terlibat dalam latihan tersebut adalah dua pemain import baharu iaitu Ismaheel Akinade dari Nigeria dan pertahanan kelahiran Belanda, Matthew Steenvoorden.

Turut kelihatan adalah bekas pemain Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Akram Mahinan; pertahanan Muhammad Azam Azmi Murad dan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com