Saturday, 27, April, 2024
Utama Sukan Casagrande sedang dapatkan status pemain naturalisasi?

Casagrande sedang dapatkan status pemain naturalisasi?

oleh Ammar Haziq

Bekas penyerang import pasukan Penang FC dan Negeri Sembilan, Casagrande dikesan berada di ruang legar Bahagian Kad Pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara baru-baru ini.

Timbul desas-desus pemain tersebut dilaporkan semakin hampir untuk bergelar pemain naturalisasi di negara ini.

Peminat bolasepak tanah air mula memperkatakannnya apabila gambar tersebut juga dimuatkan Casagrande di media sosialnya.

“Terima kasih atas segala-galanya, sahabatku. Saya tidak mempunyai kata-kata untuk meluahkan penghargaan saya atas apa yang sudah anda lakukan kepada saya dan keluarga.

“Saya amat bersyukur kerana berpeluang mempunyai hubungan persahabatan dengan anda dan saya harap ia akan terus berkekalan,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com